home-1tutor
|

PENGALAMAN AMBIL LESEN KERETA (D)

Assalammualaikum dan hai semua !
kali ni saya nak ceritakan pengalaman saya ambil lesen kereta musim Covid-19 ..haa menarik tak ehek >_<  kalau nak tanya soalan boleh drop your comment below okie :)

Saya umur 22 tahun 2020 ni, tak terfikir nak ambil lagi sebab masih belajar degree jadi takut x sempat. Masa bulan 3 tu dah PKP kan jadi semuanya kelas online sahaja sampai bulan 12. Maka baliklah kerumah, pasti bila difikirkan sempat juga untuk ambil lesen ni sebab kelas online je dan masa tu dah bulan 8 camtu semester dah nak habis. Mak pun offer nak tak amik lesen? fikir punya fikir kita ambillah peluang ini ehek. Antara matlmat saya tahun 2020 ni untuk ambil lesen juga.

Saya ambil lesen dekat Pusat Latihan Memandu Sektow Sdn. Bhd. Tambun, Ipoh. Saya daftar melalui agent iaitu Encik Nizar, duduk belakang rumah saya je hehe. Jadi setiap minggu camtu saya akan pergi dgn dia dari Chemor ke Tambun. Saya ambil manual ye bukan auto hehe.


 Pusat Memandu Sektow, Tambun.

Pertama sekali, kita mesti lah dengar ceramah 6 jam dulu sebelum lain-lain. Masa saya datang tu saya kena buat ujian buta warna dulu. Jangan risau senang je sebab dia nak kita tulis nombor berapa yang kita nampak je. InsyaAllah dapat full je. Dari pukul 9 pagi camtu sampai pukul 3 petang (ada break) dengarlah apa penceramah tu nak cakap. Jangan tido plak. Masa tu saya ambil sorang je so xde kawan. Saya jumpa kawan saya kat sini lah ! hehe.

Selepas itu, kita kena ambil Test Computer. Test ni senang je TAPI kalau tak BACA buku teks dia memang tak tahu lah citer dia. Saya baca buku teks dia tapi taklah semua baca part Teori je. Lepastu korang tulislah mana yang korang susah nak ingat tu. Selain dari tu saya cadangkan korang buat latihan dekat google , search je "Ujian KPP – JPJ KPP Test 2020" Soalan dia mmg sebijik. Lagi satu, install apps "Ujian KPP 2020-Lesen L" dalam hp korang. Ianya sangat2 membantu !! Saya dapat 48/50 tau untuk ujian komputer. Goodluck okie! Kalau lulus korang akan dapat lesen L. Best kan, tapi ni lesen untuk korang bawak keta masa latihan je. Jangan gatai bawak kat luar.

Selepas daripada ujian komputer, korang akan jalani latihan memandu dengan cikgu korang selama 10 + 5 1/2 Jam macam itu lah (rujuk buku teks balik). Ini ikut suka cikgu korang nak buat berapa jam sehari dan berapa kali. Masa ini lah korang kena bawak keta betul2.

Pada peringkat ini, korang akan belajar bawa kereta dalam litar which is ada bahagian BUKIT, PARKIR SISI, 3 PENJURU, SELEKOH 'S' dan SELEKOH 'Z' . ini korang ulang2 lah sampai rasa nak muntah hahahaha. Selain itu, korang akan belajar Rutin Sebelum Memandu (RSM) dan Rutin Pemeriksaan kereta (RPK). Dan last ofcoz kena bawak kat jalan raya. Ini TIPS kalau korang tak ingat jalan silalah bukak PETA. Saya print jalan tu sebab nak bezakan jalan sama juga jalan dalam litar saya lukis sebab nak ingat pantang larang yang boleh buat kita gagal. haha. Jangan salah masuk jalan lain nanti failed free2 situ je. 

Saya belajar dengan cikgu saya tak berapa faham sebab dia cam advance sikit. Saya tak faham kenapa kereta saya asyik mati je hahahaha. Selain drpda belajar dengan cikgu secara fizikal, saya juga belajar dari Youtube dengan Cikgu Jerry Wong. Video dia sangat2 memandu saya memahami dengan lebih dalam. Klik sini untuk pergi ke Youtube beliau. https://www.youtube.com/user/jdwong57
Catch up dengan dia okie! Segala persoalan pun dia akan jawab insyaAllah :)

Dalam beberapa latihan itu, ada satu hari yang cikgu bawak dua orang dalam satu hari. Masa tu lah saya kenal Hajjar ! Hajjar ni kan sebenarnya duduk setaman dengan saya dan saya sekolah dekat sekolah dia masa form 6 tapi dia x sambung form 6. Dari situ saya contact dia dan giliran kitorang untuk TEST JPJ sebelah2 je.Dia dulu lepastu saya hahahahhaa.

Selepas habis latihan korang akan jalani ujian QTI dulu, ini cam ala-ala trial jpj test lah dengan orang2 kat situ. Ini korang buat elok2 gak tau. Tapi ni tak strict cam JPJ Test. Lepastu korang akan dapat lah tarikh JPJ Test tu.

Ok masa TEST JPJ tu, saya wajib kena pakai GLOVE dan MASK ok. Masa RSM dan RPK, org JPJ tu tak tengok sangat apa kita cakap sebab dia nak tolong kita. Cuma korang tetap kena buat elok2.  Saya dapat kereta yang clutch dia tinggi so tak senang la dia mati haha best kan. Dalam litar saya TAK MATI ENJIN pun. Alhamdulillah dan semuanya clear! Saya dgn Hajjar dua2 lulus dalam litar. So next jalan raya pulak, ini seram. Saya dapat JPJ yang senyap je dari mula sampai habis! Saya takot nak tegur hahahahhaa saya buat jela apa yg patut bawak elok2. Orang kata kalau balik JPJ yg bawak kita gagal. Alhamdulillah saya TAK MATI ENJIN dan TAK SALAH MASUK JALAN. Sampai habis memang senyap tapi agak bahaya la dia punya tangan tick2 je. Bila keluar tu saya tgok kertas. FUH ! saya LULUS! Gembira tak terkata lah :D Saya dgn Hajjar dua2 LULUS xD

*Dah lama tak rasa nervous macam tu.ekekekeke dengan tak makannya sebab cuak.
*Semoga korang yang nak ambil lesen semua LULUS okie! InsyaAllah Amiin.
*Bayaran dalam Rm1K macam tu saya tak ingat sebab bayar sikit2 bila cikgu mintak hahaha



      Inilah Hajjar kawan baru saya tu hehe (sebelah kanan)

Thankyou baca guys! Assalammualaikum dan bye :)

7 hamba Allah:

Unknown said...

Lama x tempoh ambil lesen tu?

Fyzah Anuar said...

button reply rosak la pulak. yg tanya berapa lama tu. dalam 2-3 bulan juga bergantung kpd kelas dengan cikgu dan waktu JPJ yg korang pilih.

Wawa said...

Blh gtau tips nk bt 3 pnjuru...sy asyik lnggar benteng ms nk kluar

pedro said...

wow saya tahun ni nk masuk 31 ntah camana plak haha, dH biasa naik LRT n monorel ke kerja, now dah pindah blik ke Langkawi, jaga kakak yg sakit stroke,mmg nk amik lesen motor,pastu satu family bising,"cmna kalau akak tgh emergency? takkan nk ikat akak kt blkg motor?" adui terpksa lah amik lesen kete haha,u punya blog kasi abg semangat la. harap xde cikgu yg dok diam ja, kang i yg naik darah dua² fail,cikgu marah sy pun marah haha thnk u

Anonymous said...

Wow, saya 30 tahun ini. Rasa mcm loser sangat sebab belum ada lesen. Sebab biasa kakak bawakan ke sana sini. Now dia sudah kerja jauh tiada orang bawa saya lagi. Tapi rasa less loser bila ada orang juga belum ada lesen. Esok saya baru daftar dan nervous juga ini malam

Anonymous said...

akak umur 39 dik.baru nak mbil lesem. Doakan ye.Kalau lulus akak singgah lagi blog u ni.. ;)

anis said...

CD yang diberi oleh orang dekat kaunter di institut memandu tu untuk apa ye? untuk ujian komputer nanti ke?

Post a Comment