Pada kamu yang membaca ini ketahuilah saya seorang wanita yang lahir pada 29/12/1998.
Pada ketika ini saya berumur 22 tahun. Saya bersyukur kerana masih diberikan rezeki untuk bernafas daripada ar-Razaq sehingga kini.
Saya menghargai dan lebih bersyukur pada hari yang mulia ini kerana saya hidup dengan mengenal tuhan. Saya tahu tujuan hidup dan hidup dengan tarbiah Allah. Alhamdulillah untuk nikmat ini.
Ketahuilah semakin dewasa, semakin rasa tidak mahu kisahkan tentang perkara remeh, tidak mahu memaksa orang dan cuba untuk tenang. Saya tidak mengharapkan semua orang memberi hadiah kepada saya ataupun mengucapkan selamat hari lahir kepada saya. Semua itu akan mengecewakan jika tidak tertunai.
Apa yang aku mahu kini hanyalah doa yang membawa ku ke syurga. Itu lebih daripada mencukupi. Aku juga memerlukan bulatan kecilku untuk menguatkan aku pada hari mendatang. Meskipun begitu hanya Allah lah yang menenangkan hatiku.
Sudah cukup aku berharap kepada yang tidak pasti. Cukup mengecewakan. Kini aku meletakkan kesemuanya kepada Allah dengan usaha yang diringi.
Doakan saya selamat dunia akhirat, diberkati hidupnya, mendapat jodoh yang terbaik didunia dan akhirat. Semoga doa ini berbalik kepada dirimu jua kekasih :’)
Sanah helwah Hafizah
29/12/2020
Ipoh,Perak.

0 hamba Allah:
Post a Comment