home-1tutor
|

STPM sebagai batu loncatan.

Assalammualaikum semua !
Harap semua baik-baik belaka :)
Pada kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/FORM 6/TINGKATAN 6 pada tahun 2016/2017 di SMK Dato Haji Mohd Taib, Chemor, Perak. Sekarang saya dah 22 tahun dan menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Doakan saya graduate pada masa yang ditetapkan okay :)

Okay pada adik-adik yang nak sambung Form 6 ni saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya ! Jangan takut kerana setiap pilihan yang awak buat tak ada yang sia-sia tak kiralah sambung Form 6 ke Matrikulasi ke Diploma ke semuanya ada sebab disebaliknya. Bagi saya, saya amat menggalakkan pelajar sambung tingkatan 6 kerana ianya sebuah perjalanan yang kedua singkat selain matrikulasi untuk pergi sambung DEGREE/IJAZAH SARJANA MUDA. STPM ambil masa setahun setengah untuk dihabiskan. Yuran murah jika nak dibandingkan dengan yuran Diploma dan lain-lain. Awak just pergi balik rumah atau duduk asrama saja tak perlu berhutang jika mampu. Dari segi sijil STPM ni taraf dia tinggi dan boleh digunakan untuk kerja berbanding Matrik. Jadi begitu banyak sebenarnya benefit untuk dibandingkan jadi kalau boleh listkan untuk buat keputusan okay .

Pada mulanya, saya sememangnya tidak rancang untuk sambung tingkatan 6, saya ditawarkan masuk ke tingkatan 6 di sekolah sebelah sekolah lama sahaja. Mula-mula rasa macam benci sangat sebab kena pergi sekolah lagi bila keluar result UPU nak je keluar terus! Tapi setelah saya bincang dengan kakak dan ibu bapa saya, ada lebih baiknya saya sambung tingkatan 6 daripada Diploma yang yurannya sangat mahal bagi saya. Jadi setelah result UPU keluar saya tidak berjaya kemana-mana universiti. Jadi saya mendapat redha ibu bapa untuk sambung tingkatan 6.

Menurut saya, STPM adalah satu platform yang sangat baik dan agak sukar walaupun dekat sekolah tapi cara belajarnya seperti di Universiti! Kamu semua akan menggunakan laptop juga macam pelajar universiti. Pada mulanya saya hanya pelajar biasa yang tidak dipandang guru-guru, saya hanya belajar rajin-rajin dan berupaya untuk mendapat keputusan yang terbaik. STPM ada 3 sem sahaja. Pada semester 1 saya mendapat pointer 3.75 . Hal ini telah mengejutkan guru-guru dan amat menggembirakan mereka. Di sekolah saya suka mengambil inspirasi daripada kata-kata guru yang positif sahaja seperti dari cikgu sejarah saya nama dia Pn.Thanamala. Tidak lupa juga guru-guru saya yang mengajar saya seperti cikgu Faryda, Cikgu Mas Amah, Cikgu Jo, Sir Vicky, Madam Lina, Cikgu Hanizah dan cikgu-cikgu lain. Mereka tak ramai tapi mereka lah menjadi pendorong kami.

Semasa menjalani kehidupan Form 6, saya bukanlah pelajar yang 'perfect'. Saya juga mempunyai masalah dengan kawan dan guru-guru. Namun semua itu selesai dengan cara yang baik. Pada semester 2 saya mendapat keputusan yang kurang daripada sem 1 iaitu 3.50 pointer. Hal ini kerana subjek semakin susah dan diiringi Kerja Kursus (KK). Namun, KK ini sangat membantu kita ya jangan pandang remeh! Disebabkan KK juga pointer keseluruhan saya meningkat :)

Pada semester 3, saya meneruskan azam saya untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Ada junior disekolah itu. Oh ya saya duduk sekolah harian sahaja. Junior itu pernah cakap dekat saya "Tahniah kak, insyaAllah lepasni 4Flat!". Sehingga sekarang saya masih ingat kata-katanya dan pada masa itu saya langsung tak terfikir dan tidak berharap untuk mendapat 4 Flat pada sem 3 sebab tahu bukan mudah. Ada guru-guru yang tidak berharap saya akan mendapat A terhadap subjeknya. Semester 3 saya amat takut kerana tidak dibenarkan untuk mengulangi subjek apatah lagi subjek Pengajian Am. sebab PAM adalah subjek WAJIB LULUS kalau tak memang universiti tidak akan terima kita. Lupa nak bagitahu saya ambil aliran sains kemanusiaan ada subjek Pengajian Perniagaan, Pengajian AM, Sejarah, BM dan saya ada repeat 2 kertas Pengajian AM semester 1 & 2. Mungkin disebabkan doa daripada semua rakan, guru-guru dan ibu bapa saya mendapat keputusan yang paling mengejutkan pada semester 3. Saya dapat 4 Flat ! Allahuakbar. Nikmat yang tak terhingga sangat Allah berikan pada saya akhir-akhir semester dan saya dapat anugerah pelajar cemerlang! Subhanallah syukur kepada Allah Taala.

Nasihat saya jangan putus asa dan tahu cara belajar dengan betul :) Kalau nak tips cara belajar saya boleh kongsikan dan akan buat Post baru. Komen lah jika ada pertanyaan atau boleh tanya di twitter atau macam mana pun okay. Terima kasih sudi baca. Semoga berjaya dunia akhirat :)
Meh saya share gambar saya dengan cikgu2 dan rakan-rakan saya serta keputusan saya !


Sahabat seperjuangan kelas Pra-U Pengajian Perniagaan.



Ketika mengambil keputusan kesuluruhan STPM bersama Abah :)


keputusan Keseluruhan saya :)

0 hamba Allah:

Post a Comment