home-1tutor
|

AWAS SCAMMER GUNA BANK CANADA !!

Assalammualaikum semua :)
Setelah berapa tahun menghilang saya tergerak hati untuk menulis pada hari ini.
Maafkan saya kerana terlalu sibuk dengan pelajaran dan kini saya menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Kali ini posting saya lari topik kerana tiada kena mengena dengan doodles yang lama saya tinggalkan.
Saya ingin berbicara mengenai SCAMMER. Anda pasti tahu mengenainya cuma masih belum menjadi mangsa atau sudah berpengalaman. Saya ingin menyebarkan sedikit taktik mereka dan bagaimana saya hampir terkena SCAM.

Ok begini, pada mulanya saya hanya mencuba untuk menjual kasut saya yang tidak digunakan tetapi masih baru di Shopee. Setelah beberapa hari selepas itu, terdapat seorang customer "DM" saya di Shopee untuk membeli kasut itu tetapi mesejnya seperti ini.. "Hi, is this available? I want to buy it but I cant on shopee cause on work. Please whatsapp me at 011-31444603 for direct purchase.Thankyou."

Saya menganggap yang dia itu berkata benarlah kerana Shopee masih belum "banned" dia. Setelah saya mesej dia di WS. dia pun membalas mesej saya berkata namanya Neeta. Orang Malaysia tetapi tinggal dan bekerja di Canada. Dia ingin melihat gambar kasut tersebut jadi saya menghantar semua gambar kasut tersebut. Tak lama kemudian dia berkata setuju untuk membelinya untuk anak saudaranya di Malaysia. Saya pun memberi nombor akaun bank untuk dia "bank in" ke akaun saya. Dia pun membuat transaksi itu, tak lama setelah itu dia berkata bahawa Bank Canada menghatar emel yang menyatakan bahawa transaksi hanya boleh dilakukan sebanyak MYR400 dan bank sudahpun menolak MYR400 itu dari banknya tetapi masih tergantung atau di "hold " oleh bank. Saya pun mendapat emel tersebut dan mulai cuak. Kenyataan bank itu seperti mencurigakan tetapi kerana takut seolah dikaburi penipuannya.



Dia beritahu bahawa saya perlu memulangkan MYR340 semula kepadanya selepas itu barulah bank akan melepaskan duit MYR400 yang tergantung itu. Kerana kasut saya berharga RM60. Dia mengugut saya bahawa pihak bank akan menangkap saya jika saya tidak membayar duitnya. Saya mulai risau tetapi saya curiga kerana setahu saya kes diluar negara tidak boleh masuk ke dalam negara orang sesuka hati apatah lagi ingin menangkap rakyat sesebuah negara! Dia juga menelefon saya berkali-kali tapi saya tak mengangkatnya. Saya menceritakan semua ini kepada kakak saya dan dia pun membaca semua mesej itu. Dia pun checkkan nombor telefon itu di TrueCaller dekat Google, Anda semua boleh gunakan Truecaller untuk mengetahui adakah dia benar pemilik nombor tersebut. Ternyata dia adalah SCAMMER! Saya tertipu dengannya. Dia juga memberi nombor akaun bank CIMB untuk saya masukkan wang itu. Bertambah pelik! kerana secara logiknya saya berurusan dengan bank lain tetapi harus membayar di bank lain.



*Ini adalah emel yang scammer tu hantar. LOL!


Jadi saya pun bertindak untuk "BLOCK" nombor tersebut dan REPORT user itu di Shopee. Saya berharap semua boleh mengambil tindakan berhati-hati jika ada nombor tidak dikenali menelefon anda atau mesej ada kerana mereka mempunyai pelbagai taktik untuk menipu. Jangan terlalu panik dan jangan menyembunyikan hal ini daripada keluarga anda!


8 hamba Allah:

Unknown said...

Hai,kalau bank unicredit,tipu jgk ke,,email dy same mcm awk tpi melalui unicreditbank

Fyzah Anuar said...

Maaf lewat reply,saya tidak pasti. Jika ragu2 jgn teruskan. jika betul check nombor telefon dahulu dan transaksi yg sah tak ada unsur paksaan. Dan sebaiknya buat transaksi dgn perantara yg dipercayai seperti shopee, lazada dll. Jika scammer shoppe akan "banned" scammer tu. Semoga dpt elak dari ditipu ya.

nurulna.belle@gmail.com said...

Yaa allah saya dah terkena kononnya beli shawl 5pcs saya jual harga rm80 lepastu dia transfer duit tu masuk dlm akaun saya and pastu dia katw dia transfer masuk rm1100 tu pun mesej tu masuk melalui emel bukan akaun bank jadi saya tanya kenapa dalam email tulis duit dh masuk rm1100 tapi dalam akaun takdak pun , pastu dia kata kena masukkan duit rm1020 dekat dia baru saya boleh dapat baki selebihnya , jadi saya pun buat payment rm1020 sebab dia mcm memaksa saya pun takut so saya masukkan rm1020 tu tapi transfer lewat la pastu tetiba di kata kena bayar lagi rm2000 sebab lambat transfer mana nak cari duit dahla transfer rm1020 dah pastu nak lagi 2000 . Apa patut saya buat sis duit dah habis lesap 😭😭😭 perlu buat report ka ni ? And tak silap saya dia pm dekat shoppe no ws and tak silap dia punya account shoppe dah kena banned tapi tula saya bodoh sebab percayakan dia sekarang duit pun dah lesap 😭

Fyzah Anuar said...

saya rasa ini taktik yang sama. awak kena buat report polis dan cerita semuanya tetapi harapan tipis untuk mendapatkan kembali duit awak. selepas ini perlu berhati-hati lagi ya.

Unknown said...

Sy pon sm jgk...Cm mn ye nk bt report user di shopee

Fyzah Anuar said...

Boleh bukak chat tekan 3 titik yang ada dekat kanan atas dan cari "report this user". Shopee akan banned user tu jugak tapi lambat sikit.

Anonymous said...

Baru je jd dekat sy😭😭😭tapi Alhamdulillah..sy cepat² call operator..operator ckap tu scam

Anonymous said...

Nasib sy bce blog ni ye..sbb sy pon kena tp sy xreply bila tgk email nye mencurigakan

Post a Comment