home-1tutor
|

Ketentuan

Kita manusia selalu merasakan kita yang punya masa dan apa yang kita punya adalah milik kita dan kita harus memiliki. Terkadang sifat inilah yang membuatkan kita lupa bahawa kita ada Allah yang Maha Esa. Kita lupa kita hidup bertuhan. 

Ada banyak ketakutan dalam hidup yang kita takuti dan risaukan. Tapi ketakutan sahaja tanpa melakukan apa2 adalah sia2 kerana apabila kita takut apa yang kita perlu buat adalah bersedia untuk menghadapi apa2 yang kita akan hadapi. Berjaya atau tidak itu yang kita perlu tahu bahawa Allah yang menentukan segalanya. Kuncinya adalah bersedia dan bersabar di atas ketentuanNya.

Di sini teruji keimanan kita kepada Allah SWT. Rukun iman ke-6 memberi kita petunjuk bahawa Allah lah yang menentukan segalanya dalam hidup ini. Baik atau buruk. Kita boleh merancang tetapi perancangan Allah lah yang terbaik. Konsep redha juga terpakai supaya kita tidak merasa terlalu sakit jika takdir tidak seperti yang kita inginkan. Bercakap atau tulis mungkin mudah tetapi yang menghadapinya sahaja yang tahu. Malah, aku juga teruji dengan ujian yang berat hati untuk melepaskan. Namun, terdapat sebuah hadiah yang Allah ingin berikan di penghujung sabar di atas ketentuannya. Begini lah kehidupan.  

-fyza


0 hamba Allah:

Post a Comment