home-1tutor
|

BERLAPANG DADA



Aku telah melalui jalan yang sangat mencabar,
Aku telah melalui jalan yang sangat menyakitkan,
Melalui jalan ini telah menyedarkan aku bahawa melepaskan adalah cara yang paling terbaik,
Meski jalannya susah dan mengambil masa yang lama tetapi aku merasakan ianya adalah jalan yang tepat.

Hatiku hancur dan luluh sekali menghadapi ujian ini,
Tetapi bukanlah aku yang ingin meratapi jalan ini dengan penuh kedukaan,
Aku bukan seorang yang terlalu lemah dan mudah berputus asa.

Aku menyedari bahawa memaksa seseorang untuk hidup bersama bukanlah sesuatu cara yang sesuai,
Fitrah hidup ini manusia akan pergi kemana dia mahu dan tuju,
Jika kekal disini tetapi jiwanya meninggalkan tidaklah begitu menyenangkan,
Dengan hati yang berlapang dada aku menuruti kehendak takdir kemana ia mahu pergi.

Aku juga memberi peluang kepada diriku,
Peluang untuk merasa bahagia semula,
Bahagia bersama seseorang yang tepat,
Yang pastinya diberikan oleh Yang Maha Penyayang,
Iaitu Allah al-Wadud. 

Tidak sesekali aku menyalahkan masa lalu.
Malah, masa lalu lah yang menguatkan,
Aku bersyukur kerana Allah memberikan hikmah disebalik jalan ini,
Aku tidak menyalahkan takdir atau sesiapa,
Allah lah yang mengkehendaki semua ini berlaku.

-Fyza

0 hamba Allah:

Post a Comment