home-1tutor
|

INTERN DI SKM NEGERI PERAK


Pejabat SKM Negeri Perak


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Salam PKP untuk Malaysia. Moga kalian dalam keadaan yang baik. Saya merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Pada akhir semester adalah semester untuk kami menjalani Latihan Industri/ Intern selama 4 bulan. Mari saya ceritakan kisah saya bagaimana ia bermula dan berakhir.

Saya merupakan pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa). Pada mulanya, saya memohon untuk menjalankan LI di Tabung Haji dan keduanya di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak. Awalnya saya mendapat tawaran untuk menjalankan LI di TH Ipoh cawangan UTC. Saya gembiralah dapat dekat situ tapi malangnya butiran yang diberikan tidak mencukupi dan bidang tugas yang diberikan tidak jelas untuk UKM. Saya emel TH untuk dapatkan Job Scope dan saya mendapati bahawa tugasan di TH adalah mengikut rotation tetapi pihak UKM mahukan pelajar di dalam satu posisi sahaja. Saya pun berbelah bagi kerana bagi saya ini peluang besar. Tidak lama kemudian, dalam beberapa minggu selepas mendapat tawaran di TH saya pun mendapat tawaran di SKM. Setelah dipertimbangkan, maka saya memilih SKM kerana kesemua detail yang diberikan mencukupi. 

Oh lupa nak bagitahu, cara untuk memohon TH adalah di laman web dia sendiri iaitu di https://career.tabunghaji.gov.my/career/hravenue_publiclogin_eng.jsp. Manakala, untuk memohon LI di SKM pula, awak kena telefon dan bertanya bahawa bolehkah saya untuk memohon LI di sana dan bagaimana untuk saya memohon ? Kalau saya, saya telefon dulu pastu hantar borang secara Walk-in. Dua2 tempat ni dapat elaun ya cuma SKM byk lagi hehe.

Maka, bermulalah perjalanan saya di SKM. Saya ditempatkan sebagai Pembangunan Perniagaan dibawah seliaan En Fahrurazi. Hari pertama saya ke SKM ditemani ayah saya dipintu masuk dan saya datang awal. Pastikan kamu datang awal untuk menunjukkan kamu berdedikasi. Sewaktu itu adalah PKPP, kita masih diberi kelonggaran untuk dine-in dan kedai semua bukak. Hari itu saya ingat lagi yang saya sorang2 je. tibe dah tak formal. hahahaha. Saya tanya akak tu, saya sorang je ke intern sini?
Akak tu cakap, ada lagi sorang kejap lagi dia datang. Masa tu saya nampak dah sorang ni macam muda je drpda yg lain2. saya rasa dia lah budak intern tu. hahaha.

Masa akak HR tu perkenalkan saya dekat semua orang yang ada dalam office tu dapatlah saya kenal kawan saya yang baru ni. Nama dia Fathin, dia dari UITM Nilai umur 23 sebaya saya. SV dia Puan Ju. Akhirnya saya lega sebab ada kawan !! hahahaha. Bayangkan baru kenal sehari macam kenal setahun kehkeh. Masing2 gelabah hahahaha. Ok teruskan.

Inilah Fathin (sebelah kanan) xD

Waktu bekerja adalah 8am-5pm, rehat hari isnin-khamis ialah pada jam 1pm-2pm sahaja tapi jumaat 12:15-2:45..fuh sempat lagi balik rumah tau tak hahaha. Masa ni Fathin la kawan makan saya dan kami try banyak restoran area bangunan SKM tu.

Perkara yang paling best di SKM adalah pagi2 kita akan mulakan kerja dengan tadarus al Quran dulu. Kita ada 3 group perempuan dan ada ketua yang mengajar. Pegawai yang ajar saya tu nama dia Cik Fae, pegawai paling muda sekali dan belajar di Jordan. Dia ni taksah kalau tak sakat saya. hahaha. Ustazah kedua saya selepas Cik Fae ialah Kak Ijah. Lovely sangat lah Kak Ijah ni selalu cakap lembut je dan saya rapat dgn dia. Semua staf dekat sana kebanyakannya dah berumur 30 keatas. Jadi saya dgn fathin jela budak2 kat situ hahaha.

Saya kira bernasib baik dgn Fathin sebab masa tu masih boleh pergi lawat tapak dan koperasi. Saya dengan Fathin masih sempat pergi ke Kampung Orang Asli Sg Siput untuk melawat koperasi. Selain itu, saya ditugaskan untuk membuat buku aturcara untuk program di Hotel Casuarina. Saya dgn fathin jadi usher jugak. haih la. hahaha. Selain itu, kitorang jugak buat kerja macam Minit Mesyuarat, Pembentangan, Kajian Kepuasan Pelanggan dan macam-macam lagi.

Korang boleh je apply dekat company swasta, btw SKM ni adalah Badan berkanun dan separuh kerajaan. Jadi tak boleh nak diserap masuk macam company swasta. Kita tetap kena ikut laman web skm juga nak mintak kerja. Okies. 

Selepas dari itu, pelajar selalunya kena buat Laporan akhir kan, haa buatlah sebelum habis intern dan siapkan semua dokumen supaya senang SV industri dan SV akademik korang nak sign semua. Saya dah berjaya habiskan LI saya di SKM. Sesungguhnya ianya tempat yang paling best skali pernah saya kerja. Korang boleh try kalau nak LI di situ ya. Goodluck !!


9 hamba Allah:

Unknown said...

Nak tanya boleh?

Fyzah Anuar said...

silaa lah tanya

Anonymous said...

hi, nak tannya berapa minggu ye tabung haji respond selepas dah apply thru online?

Anonymous said...

Maaf, boleh saya tahu, kalau nk mohon SKM, kita perlu menelefon SKM tempat yg kita nak mohon (contoh: SKM Perak) atau hanya perlu call SKM umum?

Aedy said...

Heyy saya nampak nama awk dlm buku log kehadiran hahaha, sbb saya intern disini skg

Fyza Anuar said...

Wah yeke hahaha cam kelako pula hahah goodluck !!

Fyza anuar said...

Call SKM yang anda nak intern ya

Anonymous said...

Hi brpa ye elaun skm?

Anonymous said...

3k

Post a Comment