home-1tutor
|

Surat Cinta Untukmu



Wahai kekasih hatiku

Apakah yang bisa ku lakukan jika kerinduan ini semakin mendalam? Menitis air mataku apabila merinduimu.

Wajahmu seakan bersinar apabila ku memandangnya dan membisikkan kepadaku bahawa engkau juga merindukanku. 

Bisakah ku menggenggam erat tanganmu agar engkau tidak terlepas dari raga ku? 

Hanya engkau yang aku mahukan kerana utuhnya cintaku apabila bersamamu. 

Tiadanya engkau membuatkan hatiku gundah gulana kerana engkaulah yang membuatku tidak keruan.

Duhai sukmaku, besarnya cintaku kepadamu menandakan begitu besar rinduku kepadamu. Kekallah setiamu kepada ku dan begitu jua aku.

Jangan engkau lepaskan aku dari jiwamu. 
-fyza

0 hamba Allah:

Post a Comment