Aku terfikir, bagaimana nanti apabila aku tua ya ? Diri ini sudah tidak bertenaga seperti diwaktu muda, kulit berkedut dan sakit urat-urat sendinya, penglihatan kabur dan apabila tiba masanya fungsinya akan berhenti. Allahurabbi.
Apakah yang bisaku berikan kepada hidupku apabila aku sudah tua nanti. Aku sangat menghargai masa kini kerana tahu seketika nanti semuanya sudah tidak berfungsi dan hanya hati akan mengingati dan merasai semua yang terjadi.
Terkadang ku terfikir, dengan siapa ya akan ku habiskan usia ini? Ataupun aku akan pergi dahulu sebelum usia tua ku menjelang ? Tidak juga tahuku.
Hidup ini penuh dengn misteri ya kerana kita tidak tahu apakah yang akan terjadi. Hidup juga mengajarku bahawa tiada yang akan kekal disini. Yang kekal hanyalah kenangan dan yang akan dibawa kepada Tuhanmu hanyalah amalan.
1 hamba Allah:
i feel you, sis. semakin berusia sometimes scare me so much. i wish we will doing great in future, aamiin.
Post a Comment