home-1tutor
|

Niat



Di dalam kekalutan hidup,
Aku terlupa bahawa aku lakukan ini kerana dunia,
Mahukan sesuatu atas dasar keduniaan,
Mencari sesuatu tetapi tidak bermakna,

Di dalam kesibukan hidup,
Kemegahan yang aku cari,
Kemewahan yang aku ingini,
Tetapi hati tetap kosong mencari Ilahi

Di dalam mainan kehidupan ini,
Aku tidak sedar,
Semua ini tidak membawa ke syurga,
Jika tidak didasari niat kepada Tuhan

Semuanya sia-sia,
Akibat kegopohan dalam mencari makna,
Hati masih kosong daripada ketenangan,
Tidak merasai kebahagiaan sebenar

Padahal kebahagiaan ada didepan mata,
Terbentang luas dari Nya,
Aku sahaja yang buta hati
Untuk bersyukur atas nikmat,

Maafkan aku, Tuhanku.
-Fyza

0 hamba Allah:

Post a Comment