home-1tutor
|

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (BBA) UKM

Assalammualaikum dan salam sejahtera, setelah postingan tentang STPM dan UKM kini postingan ini lebih mengkhususkan kepada jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan atau Bachelor of Business Administration (BBA) di UKM. Segala yang saya kongsikan ini mungkin berubah mengikut perubahan semasa yang dilakukan universiti. Saya mengambil Ijazah ini pada tahun 2018-2021 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Jurusan ini di UKM adalah jurusan yang boleh dikatakan ibu kepada pengkhususan yang akan diberikan kepada pelajar. Boleh rujuk diagram dibawah. 



Merujuk diagram diatas, di FEP ada 4 jurusan terbesar iaitu Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan (BBA), Keusahawanan dan Inovasi dan Ekonomi. Untuk UKM, jurusan Keusahawanan & Inovasi dan Ekonomi tiada apa-apa perubahan. Masuk sahaja sememangnya anda jurusan tersebut. Tetapi untuk Pentadbiran Perniagaan dan Perakaunan dia berbeza sedikit ya. Bagi yang hendak mengambil jurusan Perakaunan anda perlu mengambil Sarjanan Muda Pentadbiran Perniagaan terlebih dahulu. Kemudian pada tahun 2 baru anda tahu keputusan sama ada dapat mengambil jurusan Perakaunan setelah mengisi borang. Setelah itu nama jurusan anda akan bertukar dari Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan kepada Sarjana Muda Perakaunan. Untuk bertukar kepada Perakaunan tidak ada ujian pada ketika itu hanya mengisi borang sahaja. 

Bagi Pentadbiran Perniagaan pula, anda juga akan mendapat tahu pengkhususan pada tahun 2 selepas mengisi borang pengkhususan. Ada 5 pengkhususan (majoring) yang anda boleh pilih iaitu Pengurusan Risiko, Perniagaan Antarabangsa, Pemasaran, Kewangan dan Pengurusan Sumber Manusia. Selepas ditukar nama jurusan tetap sama cumanya akan bertambah seperti Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dengan Kepujian. Bagi Pentadbiran Perniagaan, tempoh pengajian adalah 3 tahun tetapi jika sudah bertukar kepada Perakaunan akan menjadi 4 tahun. 

Untuk Pentadbiran Perniagaan, anda akan belajar semula basic Perakaunan, Ekonomi, Pemasaran, Sumber Manusia, Kewangan dan sebagainya. Tempoh 3 tahun termasuklah dengan Latihan Industri. Untuk thesis, waktu saya tidak dicetak menjadi Jilid. Hanya hantar softcopy kepada pensyarah selepas selesai menulisnya. Untuk peperiksaan, UKM menggunakan dwibahasa. Untuk pembelajaran, terpulang kepada pensyarah untuk menggunakan BM atau BI. 

Saya ambil pengkhususan Perniagaan Antarabangsa, pengkhususan ini berfokuskan kepada perniagaan dan pentadbiran dalam dan luar negara. 

Bagi cabang pekerjaan untuk Pentadbiran Perniagaan ini amat luas, anda boleh masuk kedalam banyak cabang kerja masing-masing seperti HR, Sales, Management, Administration, Service Center, Business Analyst, Officer, Ahli Ekonomi dan pelbagai lagi. Industri yang paling ramai masuk pada saya ialah industri perbankan. Semua bergantung kepada usaha dan rezeki anda dimana anda akan ditempatkan. InsyaAllah rezeki tidak salah alamat. 






Sekian, terima kasih.
Alumni UKM,
Hafizah









0 hamba Allah:

Post a Comment