home-1tutor
|

PNB GET (Protege)

 Assalammualaikum, postingan ini adalah mengenai Program Protege yang dianjurkan oleh kerajaan juga dipanggil sebagai MYSTEP (Short Term Employment Programme). Protege adalah program untuk mereka yang telah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda (tertakluk kepada course pengajian yang diambil), diploma pun boleh juga dan bergantung kepada syarat-syarat yang dikemukakan oleh syarikat yang anda mohon. Saya telah menjalani program Protege bersama syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) selama 8 bulan. 2 bulan untuk online training dan 6 bulan untuk on-job training. 

Untuk memasuki program ini bersama PNB, anda perlu email kepada pnbget@pnb.com.my. Saya email kepada PNB dan dalam masa 2-3 minggu saya dapat tawaran daripada PNB. Pembukaan untuk mendaftar saya tidak pasti bila sebab masa itu saya hantar sahaja semua dan saya hantar untuk batch 48 dan dia buka pada bulan November. Boleh lihat di Linkedin PNB kerana mereka akan post jika pengambilan dibuka. Pada awalnya saya dapat emel daripada Petronas untuk protege juga tetapi tidak mendengar khabar selepas menghantar resume dan transkrip. Tak lama kemudian offer daripada PNB masuk ke emel saya dan saya pun bersetuju untuk mengikuti program tersebut. Setiap batch dalam 150 orang akan diambil mengikut kelayakan masing-masing. Dibawah saya sertakan iklan PNB GET untuk rujukan kalian.



Kebaikan yang fresh graduate akan dapat ialah SOFT SKILLS & HARD SKILLS. Kita mulakan dengan 2 bulan online training, sebulan pertama PNB akan ajar kita soft skills seperti communication, how to present, learn how to ready for interview and many more. Kita akan diajar oleh expert person bukan sembarangan orang. Kelas waktunya 8am-5pm (ada waktu rehat). Saya sangat enjoy kelas online ini, kalian akan dapatkan ilmu yang jika diambil luar kelas perlu bayar beratus-ratus tetapi dengan PNB hanya percuma sahaja. Kalian akan berkenalan dengan protege lain juga yang berasal dari pelbagai negeri. Kelas saya diajar oleh orang inggeris iaitu PAUL. Dia sangat energetic dan baik, kalian akan dapat practice English hari-hari sebab dia tak faham bahasa Melayu. Tapi lain kelas lain orang yang mengajarnya. Bulan kedua adalah untuk hard skills seperti computer skills, kita akan belajar tentang Excel, Words and also Powerpoint. Ada belajar tentang investment dan juga finance.

Diatas ada Paul hujung atas kiri :)

Selain itu, kebaikannya ialah anda akan gain JOB EXPERIENCE. Semasa 6 bulan on-job training anda akan ditempatkan di HQ atau mana-mana cawangan anak syarikat PNB seperti ASNB. Kalian boleh request untuk ditempatkan di tempat yang dekat dengan negeri masing-masing. Saya request untuk ditempatkan di KL dan saya dapat di Menara PNB. Untuk department juga kalian akan diberi mengikut kesesuaian latar belakang pendidikan. Oh ya, jika kalian telah mendapat tawaran lebih baik kalian boleh mengisi EXIT FORM pada bila-bila masa sahaja. Dan diingatkan program ini bukan untuk diserap dan diserap atau tidak ini bergantung kepada department tersebut. Rezeki masing-masing. Dengan adanya experience ini kalian boleh cantikkan resume kalian dengan experience baru selain daripada internship.Untuk OJT ini, kalian akan bekerja seperti staff tetapi kalian bukan staff haha faham tak. Ada perkara yang anda tak dapat access. Begitulah. Tetapi saya sangat menikmati waktu bekerja di PNB dan pengalaman ini tidak dapat dibeli dimana-mana. 

Di samping itu, hanya ada satu kelemahan yang terdapat pada program ini iaitu tiada PAYSLIP dan KWSP/EPF. Jadi kalian tidak boleh untuk membeli apa-apa yang memerlukan payslip, iyalah kerana kerana tidak tetap kan. Tetapi agak rugi sebenarnya tidak ada EPF, hanya ada SOCSO sahaja. Namun, saya tidak jadikan ia sebagai salah satu sebab terbesar kerana selepas anda bekerja ditempat baharu akan ada EPF. Terpulang kepada anda ingin mengikuti atau tidak. 

Pada hemat saya, saya amat galakkan kalian untuk join sebab tiada halangan untuk kalian keluar apabila mendapat kerja baharu. Di samping mencari pengalaman ada juga pendapatan dan tidak terbuang masa. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada PNB kerana memberi peluang untuk kami semua belajar dari program ini. Di bawah adalah my team dekat unit Hibah. Thank you genk ! 


Terima kasih kerana sudi baca :)





2 hamba Allah:

Anonymous said...

Hai, nk tnya sepanjang training online 2 bulan tu dibayar elaun x?

Fyza Anuar said...

Dibayar rm2k sebulan

Post a Comment