home-1tutor
|

UKM LUAR BIASA

     Assalammualaikum para pembaca semua, terima kasih sudi singgah dihalaman ini. Kehadiran kalian amat menggembirakan saya. Pada postingan kali ini saya akan menceritakan  perjalanan saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semasa mengambil Ijazah Sarjana Muda selama 3 tahun. 

Mari kita mulakan, selepas STPM saya telah ditawarkan 2 interview daripada UPU. Dua IV tersebut adalah daripada Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk kos yang sama. Saya hadir kedua-dua IV tersebut. Di UM, saya diinterview secara individu dan pada ketika itu saya berasa amat yakin bahawa saya telah lakukan yang terbaik. Kemudian saya pula hadir ke sesi temuduga di UKM. Di UKM saya diinterview secara berkumpulan dalam 6 orang. Pada ketika itu, saya hanya sempat introduce diri sahaja dan pusingan seterusnya saya tidak berpeluang untuk memberikan pendapat kerana ramai sangat yang telah memberi point yang saya mahu berikan. Sehingga akhirnya saya berdiam diri sahaja. Balik dari UKM saya sangat frust kerana saya tidak membuat yang terbaik untuk interview tersebut. Saya berkata pada diri saya tidak mengapa kerana UM ada untuk saya. Begitu yakin ya. Haha.

Selepas keputusan UPU keluar, saya telah ditawarkan ke UKM untuk Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian selama 3 tahun di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Saya berasa kecewa sedikit kerana mahu ke UM tetapi saya terima dengan hati yang terbuka. Kawan baik saya juga mendapat tawaran ke UKM meskipun berbeza fakulti. Saya berlapang dada dan bersyukur dengan takdir ini. 

   Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

     Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UKM


Pada 2 September 2018 saya menjejakkan kaki ke UKM, saya telah ditempatkan di Kolej Aminuddin Baki (KAB). Pada hari kejadian, saya dan ibu bapa saya pergi ke Fakulti untuk mendaftar. Di kolej, saya bertemu dengan roomate saya iaitu Cikin. Such lovely roommate. Cikin dari matrikulasi manakala saya dari STPM tetapi kami sehati sejiwa. Hehe. Saya bersyukur mendapat rakan sebilik yang baik. Satu hikmah juga mengapa saya tidak dapat ke UM. Allah hadirkan yang baik-baik.


 Inilah Cikin, my roommate 

Di UKM, saya berkenalan dengan ramai teman baharu, teman dari Biro Kerohanian di Kolej Aminuddin Baki, dari Fakulti dan juga persatuan. Saya tidak akan lupa kenangan kami ketika di KAB. Kakak dan abang MEP dan Felo sangat sporting dan best ! Banyak sangat aktiviti yang dianjurkan. Bagi saya yang paling berimpak besar ialah Varcity Run yang disertai oleh penduduk Selangor ! Dashyat sangat dan mendapat sponsor daripada banyak syarikat besar seperti Milo dan Gardenia. Saya ingin berterima kasih kepada Abang Jenol iaitu Felo Biro Kerohanian ketika itu kerana menjaga kami selama kami berada di KAB. 


Biro Kerohanian KAB ketika Minggu Keusahawanan di KAB.

Mari beralih ke Fakulti, oleh kerana saya mengambil jurusan Pengajian Perniagaan semasa STPM saya perlu belajar semula subjek Matematik, Akaun, Ekonomi yang mana saya tidak pernah belajar langsung. Saya agak takut kerana saya lemah dalam subjek tersebut. Saya mengambil inisiatif untuk belajar dengan pensyarah di luar kelas. Pensyarah yang tidak mengajar saya. Saya meminta senior untuk mengajar saya dan meminta roommate untuk mengajar juga. Tips saya kepada semua untuk orang yang tiada basic seperti saya usaha untuk mencari seorang yang bijak dalam subjek tersebut didalam kelas dan minta contact mereka. Kata kepada mereka saya ingin contact jika ada soalan. Bukan mahu meniru tetapi untuk belajar. Jangan minta jawapan ya. Saya lakukan cara begini sejak semester 1 lagi kerana tidak mahu repeat. Alhamdulillah saya berjaya lulus semua subjek tersebut tetapi tipulah tidak menangis dan insecure dengan orang lain yang lebih hebat. Terasa bodoh sekali ya tetapi saya terus menerus mendapatkan nasihat daripada orang terdekat. Jangan mengalah ya.

Pernah dengar Mentor-Mentee ? Ya, semua pelajar di UKM akan mendapat seorang mentor dari fakulti mereka. Jangan lost contact dengan Mentor kalian ya kerana mentor sangat penting selama kalian di UKM. Mentor saya ialah seorang pensyarah kanan di FEP yang bernama Dr Abdullah Sanusi Othman. Beliau sangat banyak membantu saya dalam memberi semangat ketika di UKM, beliau juga membantu saya dalam permohonan Zakat UKM dan juga permohonan lain. Mentor saya juga mengajar saya dalam satu subjek. Saya bersyukur mendapat pensyarah yang baik hati untuk membantu saya. Sehingga ke akhir pelajaran saya, beliau mengatakan beliau bangga dengan prestasi saya yang semakin meningkat kerana pada awalnya saya berkata kepada beliau ingin menukar kos tetapi beliau memberi dorongan. Saya mendoakan yang agar Dr sentiasa dilindungi Allah SWT. 

Ketika di UKM, saya juga mempunyai sahabat yang sentiasa bersama ketika susah dan senang, selamanya akan mengingati Aini Azzanee, Nurul Khalilah, Izzatie, Afiqah Aini, Alya, Iqa, Piqa, Fatin, Cikin, Mazuwin dan ramai lagi. Maaf jika tidak dimention. Kalian ibaratkan sebuah permata yang ku jumpai dan tidak akan ku lepaskan. Kalian akan sentiasa dihati. Didoakan agar kalian berjaya walau dimana kalian berada.
   Keluarga kecil saya di UKM 

Bagi saya, UKM adalah tempat belajar yang sangat kondusif kerana dikelilingi alam. Sangat besar untuk diterokai. Tempat favourite saya adalah di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) di aras 2. Saya akan duduk di situ untuk belajar dan bersendirian. Untuk yang tidak mahu membuat pinjaman, boleh juga membuat permohonan Zakat UKM untuk bantuan sara diri. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu. UKM juga ada stadium dan padang yang besar dan terbuka untuk semua. Untuk berjalan di UKM tidak perlu risau kerana kita ada Bas Kiffah tetapi haruslah bersabar untuk menunggu. Hehe. Satu lagi kelebihan belajar di UKM ialah kita belajar dalam Bahasa Melayu dan menulis dalam Bahasa Melayu kecuali certain subjek sahaja.

Namun pada penghujung 2020, saya hanya sempat berada di UKM selama satu setengah tahun, kerana setengah tahun lagi saya belajar di rumah kerana Covid-19 melanda. Saya tiada proper goodbye dengan semua rakan-rakan. Sedikit terkilan tetapi harus menerima keadaaan ketika itu. Saya telah menghabiskan sisa pembelajaran saya di rumah sahaja. Bagi saya, ianya sukar pada awalnya untuk adapt tetapi ianya satu perkara baharu kepada kita untuk kita belajar. Fasa saya membuat thesis adalah fasa paling mencabar kerana 'kehilangan' pensyarah (SV) saya yang perlu membimbing saya untuk membuat thesis. Tetapi pada akhirnya saya berjaya siapkan thesis.

Selepas berlatihan industri di Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak, saya berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian (Perniagaan Antarabangsa) dan bergraduasi pada 4 Disember 2021. Pada ketika itu, penat lelah semuanya terbayar. Berbanggalah pada diri dan nikmatilah moment ketika itu dengan orang-orang tersayang. Terima kasih Allah atas nikmat ini, terima kasih mak ayah, terima kasih UKM, terima kasih para tenaga pelajar dan semua yang hadir dalam hidup saya. Universiti hanyalah separuh daripada hidup, selebihnya adalah kehidupan diluar sana. Moga keluar dari Universiti bukan sahaja mendapat ilmu tetapi juga dapat memperbaiki akhlak, adab dan budi pekerti.

        Majlis Konvokesyen ke-49 UKM

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini, terima kasih sudi membaca. Moga kalian dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Assalammualaikum wbt :)

1 hamba Allah:

Pikin said...

Mujur habis belajar sebelum covid, dapat la rasa seronok life degree. Time pkp hmm pishang teruk.

Post a Comment