home-1tutor
|

Sebuah Perjalanan



Hidup di dunia ini adalah sebuah persinggahan
Dalam setiap tempat yang kita pergi itu
Kita menjumpai ramai orang dan perkara
Ada yang menjadi kawan, lawan dan cinta

Sehingga suatu masa engkau perlu beredar
Untuk menerusi destinasi
Sukar bukan jika perlu meninggalkan cinta?
Tetapi itu adat sebuah perjalanan
Perlu meninggalkan demi kebaikan

Takdir itu adil untukmu
Ada kebaikan kemana sahaja engkau pergi
Dengan berbekal kekuatan diberi Tuhan
Dapat menabur bakti kepada orang setempat

Ku harapkan engkau sampai ke akhirnya
Menemui Tuhan yang Maha Agung
Dengan segala ilmu dan amal
Bersatu dan bersemi di alam abadi.
-Fyza

0 hamba Allah:

Post a Comment