Kau tahu apa itu mengeluh?
Mengeluh itu apabila benda yang kau sedang lakukan kau rasakan ia seperti beban yang melecehkan. Sama ada suka ataupun tidak kau menganggap ianya sebagai sesuatu yang amat melecehkan.
Bagiku mengeluh ini tiada gunanya tetapi tidak salah untuk mengeluh. Kita cuma manusia biasa yang adakalanya penat dengan segala masalah yang menimpa. Cuma kali ini aku ingin mengatakan mengeluh yang negatif tidak membawa ketenangan malah membawa keserabutan. Mengeluh yang positif apabila engkau melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah selepas mengeluh itu dan mengeluh itu membangun dirimu bukanlah terus menerus mengeluh dan mengulangi masalah yang sama.
Katakan pada ku apa yang engkau dapat jika kau mengeluh sepanjang masa terhadap apa yang menimpa hidupmu? Masalahmu selesai? Hidupmu ceria? Tidak bukan..
Jadi, belajarlah untuk bertenang apabila mendapat suatu masalah sebelum anda melenting. Belajar untuk mengenal hikmah disebalik ujian. Selepas anda bertenang barulah anda mampu untuk berfikir secara baik apakah penyelesaian yang boleh anda lakukan. Percayalah anda akan dapat memikirkan jalannya jika anda bertenang. Tidak perlu marah, pukul sana sini atau memaki orang sekeliling. Jika anda perlu masa untuk bertenang tidak mengapa silakan.
Daripada anda melenting dan memarahi orang sekeliling ini akan membuatkan anda kehilangan orang tersayang sahaja serta kesihatan terjejas. Take your time. Jadilah orang yang tenang dan mencari penyelesaian apabila ditimpa masalah. Ambil tindakan secara rasional dan realistik. Pertimbangkan baik dan buruk.
Moga semua yang mempunyai masalah dapat diselesaikan dengan baik. Jangan lupa minta pertolongan Allah kerana Dia lah satu-satunya tempat kita bergantung. Moga ceria hari2 anda. :)

0 hamba Allah:
Post a Comment