Engkau tahu wanita itu memerlukan kepastian?
Aku percaya bukan sahaja wanita malah lelaki memerlukan itu.
Adakalanya seseorang lelaki itu mahukan seorang wanita tetapi apabila bertanyakan soal perasaannya..
Dia mengatakan bahawa "jika ada jodoh maka adalah" atau "lihatlah bagaimana takdirnya"..
Aku sememangnya tidak berkenan dengan jawapan ini, jika tidak mahu katakan sahaja tidak mahu. Wanita ini secara tidak langsung telah berharap kepadamu! Bahkan ada wanita yang sanggup menunggumu. Tetapi apabila tidak ditakdirkan bersama, wanita itu telah membazirkan masanya.
Aku tidak menyalahkan lelaki tentang hal ini, ianya berbalik kepada wanita.
Jika engkau mahu katakan saja, dan kepastian ini akan membuatkan keduanya mempunyai komitmen untuk menuju kearah perkahwinan. Jangan memberi harapan kepada sesiapapun.
Berterus teranglah sekarang supaya tidak memberi kesakitan yang lebih lama..

0 hamba Allah:
Post a Comment