Pernahkah kau menonton filem “Ayat-ayat Cinta”?
Filem ini amat romantis dan penuh dengan nilai kecintaan. Jika diri kamu ditempatkan di posisi karakter yang ada, kamu di posisi siapa? Adakah Maria ataupun Aisyah?
Jika aku, aku merasakan aku diposisinya Maria, mencintai dalam diam tanpa sempat meluahkan. Merasakan pahitnya perpisahan bersama orang yang dicintai. Aku fahami perasaan Maria yang tersakiti, namun bukan salah Fahri kerana Fahri tidak mengetahuinya dan Fahri tiada perasaan yang sama terhadapnya.
Amat menyedihkan apabila melihat orang yang kita sayangi bersama orang lain. Namun takdirnya Allah tidaklah mampu kita lawani dan bahaskan.
Cukuplah dia pernah menjadi pilihan kita dan kita bahagia melihat dia bahagia. Maka, itulah sebenarnya cinta. Maafkanlah dan cuba lah belajar melepaskan :’)

0 hamba Allah:
Post a Comment