home-1tutor
|

Kehidupan




Sepanjang 25 tahun hidup ni saya boleh nampak kitaran hidup yang semua orang akan lalui. Secara basicnya semua akan lalui fasa kanak2, kita akan masuk sekolah, universiti, kerja dan membina keluarga, dapat anak cucu, pencen dan akhirnya meninggal. Semua orang tahu itu. Di dalam fasa semua itu kita ada cara dan panduan bagaimana utk menuju kejayaan/untuk hidup dgn baik.


Tak semestinya hidup dgn teruk tu tak bermaksud baik. Itu takdir (bab lain). Maksudnya disini kita hidup sbnrnya dah ada jawapan. Macam mana nak makan macam mana nak solat, apa yg kita perlu buat utk masuk syurga, semuanya dah ada jawapan. Berbeza bila kita nak jawab peperiksaan tiada  jawapan. 

Kita hidup dkt dunia ni ada jawapan dah. Cumanya bezanya kepada pilihan yang kita buat. Jika tersalah buat pilihan jangan juga menyesal tak sudah  kerana itu adalah takdir, kita tak tahu itulah yg terbaik utk kita. Hanya Allah sahaja tahu. Ada sesuatu yang kita perlu pelajari disitu. 

Jika ada jawapan mengapa kita seolah-olah tidak menggunakan jawapan itu utk menuju kejayaan? Saya rasa semua tahu jawapannya.Semua ada sebab tersendiri. Mungkin kerana kita mahu mengikut nafsu kita, mahu takdir mengikut cara kita dsbgainya. Tidak mengapa, kita hari2 perlu untuk perbaiki diri, ada hari kita jatuh, ada hari kita kuat, tiada siapa tahu struggle kita. 

Senang untuk saya katakan, tetapi sememangnya sukar untuk kita kekalkan istiqomah, ada ujian yg bertandang dan rasa-rasa yang tak diundang. Apa-apa pun yg berlaku, saya mengharapkan hati yg kuat dikurniakan oleh Allah. Untuk semua. Moga apa sahaja yang mendatang, Allah tetap dihati. Ini sekadar yg terlintas difikiran sahaja.

-Fyza

0 hamba Allah:

Post a Comment