Di dalam dunia ini, kita pasti ingin mencari sosok tubuh yang bakal melengkapkan separuh agama kita kan.. ya aku juga begitu..
Namun mencari pasangan itu tidak semudah yang pernah aku sangkakan semasa aku remaja..setelah meningkat dewasa, aku merasakan ia perkara yang sukar..
adakalanya orang bertanya, adakah jodoh perlu dicari ? Atau dtg sendiri? Pada aku, keduanya adalah jawapannya..namun jodoh kita sudah di tetapkan di luh mahfudz lagi.. apa yang perlu kita fikirkan adalah cerminan jodoh itu sendiri.. apabila aku begini adakah jodohku akan begini juga?
Aku juga mempunyai ciri2 lelaki yang aku idamkan..jujur aku cemburu kepada sesiapa yang memiliki ciri2 lelaki yg aku idamkan walaupun sahabatku sendiri. Aku menginginkan seorang lelaki yg mempunyai ilmu agama kerana bagiku dengan ilmu akan membentuk akhlak dan budi pekertinya bahkan akan membimbingku..aku menginginkan sosok tubuh yg dapat berjemaah bersamaku kerana ahli keluarga ku tidak sebegitu..
Namun, adakalanya kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan..ku akur dan akui itu..Allah lah yang Maha menentukan segalanya..sesungguhnya aku mencintai Allah taala..jika Allah menghalangku untuk mencintai orang yang aku cinta tidak mengapa kerana itu pilihan aku..tetapi jika Allah menetapkan aku dengan orang lain aku bersyukur kerana itu pilihan Allah :’)
Moga ada jodoh untuk kita semua jika tidak pun kita akan bertemu di akhirat sana 🖤

0 hamba Allah:
Post a Comment